Ibu Arwah Abam Bocey & Ali Puteh Meninggal Dunia

Ibu kepada pelawak, Ali Puteh dan Allahyarham Abam Bocey, Sabariah Arshad dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi, kira-kira jam 11.54 malam di Hospital Selayang.

Berita kembalinya Sabariah Arshad ke rahmatullah dikongsi sahabat rapat Abam iaitu Achey dan Fad Bocey di laman Instagram.

”Salam takziah sahabatku @aliputeh_officlal di atas pemergian ibu tercinta,” tulis Fad.

”Malam Jumaat pemergian MU mak @aliputeh_officiai, moga mak tenang di sana…moga bertemu dengan anakmu #abam tercinta di syurga in shaa Allah…” tulis Achey pula.

Memetik laporan Astro Gempak, wakil kepada keluarga Ali berkata, Allahyarhamah telah dimasukkan ke zon kritikal Selasa lalu kerana serangan asma.

Allahyarhamah dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital kerana penyakit tersebut, tahun lalu. Allahyarhamah telah ditidurkan dan terpaksa mendapat bantuan dari alat pernafasan sebelum menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ali dan adik lelakinya dikatakan telah ke hospital untuk urusan membawa pulang jenazah manakala isteri dan kakaknya tinggal di rumah bagi menguruskan keperluan yang sepatutnya.

Rakan-rakan artis turut mengucap takziah kepada Ali sekeluarga.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

SUMBER: Achey bocey,Fad Bocey, Astro Gempak

About admin

Check Also

“Sangkakan Epal, Rupa-Rupanya…” , Dua Budak Meningg4l Dunia Termakan Buah Beracvn

Sepasang adik beradik dilaporkan m4.ut selepas termakan buah beracvn yang disangka sebagai buah epal. Kanak-kanak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *