“KEMAS HASIL TANGANNYA…”, LIMA TAHUN JADI PENGGALI KUBUR, NALURI ABANG NI DAPAT RASA MACAM ADA YANG NAK ‘P3RGI’ BILA TENUNG CANGKUL

Bagi yang sering melayari Facebook, korang pasti akan tahu mengenai kewujudan group Tukang Apa Hari Ini yang memperlihatkan ahli-ahlinya berkongsikan hasil kerja bertukang masing-masing.

Pun begitu, perkongsian seorang lelaki di dalam group itu baru-baru ini berbeza daripada ahli yang lain kerana dia menunjukkan hasil ‘bertukang’ di dalam li4ng l4had.

Menerusi perkongsiannya, MrBoyb Nordin mengatakan bahawa dia tidak pandai menukang rumah tetapi tahu untuk mengali kubvr. Sehingga kini perkongsiannya itu telah mendapat sebanyak 13 ribu tanda suka dan 613 perkongsian.

Mari kita ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Assalamualaikum, Alhamdulillah Job Hari Ni overtime sampai malam. Saya tak pandai tukang rumah. Saya cuma pndai tukang ni je.

Semoga Rohnya dicucuri rahmat di tempatkan bersama org-orang yang beriman.
Al fatihah

Salam kenal dari Geng Lahad 7 Kg Felda Air tawar2 kota tinggi Johor.

Dah lima tahun jadi penggali kvbur

Dihubungi SK, MrBoyb mengatakan bahawa sudah lima tahun dia melakukan kerja itu di Kampung Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.

Menurutnya, dia mengambil masa selama hampir tiga jam untuk menyiapkan satu li4ng lahad.

Bila ditanya mengenai pengalamannya semasa bekerja sebagai penggali kubvr, MrBoyb mengatakan bahawa dia sudah lali menghadapi pelbagai perkara yang tidak terjangka.

“Kalau nak ceritakan pengalaman tu ada juga la, kebanyakannya berkenaan kvbur sebelah.

“Biasa akan keluar bau jika ada saluran air atau akar dari kvbur sebelah, tapi saya dah lal1 dah,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga sudah menurunkan bermacam-macam j3nazah ke li4ng lahad sama ada meninggal dunia disebabkan kemal4ngan, sak1t berj4ngkit atau yang pos1tif COV1D-19.

Terkadang, naluri dia juga dapat merasakan seperti ada orang yang akan men1nggal dunia.

“Macam posting saya ni, saya dapat rasa seperti ada orang nak pergi (men1nggal dunia), saya jarang tengok cangkul tetapi semalam saya tenung je cangkvl tu.

“Sempat jugak la malam tu saya berlawak dengan kawan, ada dengar-dengar orang naz4k tak? Tapi dorang takde dengar pulak, rupanya arwah duduk luar tapi kebum1kan kat kampung,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat reaksi yang positif dari warganet serta ada juga yang mendoakannya diberikan ganjaran kebaikan di atas kerja yang dilakukannya itu.

Tidak kurang juga, ada yang memuji hasil tangannya yang sangat kemas dan teliti.

 

Sumber: MrBoyb Nordin

About admin

Check Also

Mee Goreng Bertukar Tan4h Li4t Berul4t, Ramai Dah ‘Kena’ Di Gerai Berh4ntu Parit-Manong

Lelaki ini berk0ngsikan pengalam4n ser4mnya apabila bekerja sebagai pemandu lori hampir 10 tahun. Seperti yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *