8 Tahun Berlalu, Ahmad Dhani Akui Masih Tanggvng Janda M4ngsa Yang Dil4ngg4r Anaknya

Lapan tahun lalu anak lelaki Ahmad Dhani, Abdul Qodir Jaelani atau lebih dikenali dengan nama popular Dul telah terlibat dalam satu kem4langan ng3ri yang mengakibatkan tujuh orang men1nggal dunia. Dul yang dikatakan terb4bas setelah memandu laju kereta jenis Mitsubishi Lancer yang dihadiahkan ayahnya itu sedang dalam perjalanan pulang dari Bogor ke Jakarta.

Kejadian tersebut berlaku pada tanggal 8 September 2013 di Tol Jagorawi dan menjadi perhatian media bukan sahaja di Indonesia malahan di Malaysia juga. Mana tidaknya, anak bongsu hasil perkahwinan Ahmad Dhani dan bekas isterinya, Maia Estianty, ketika itu baru sahaja menginjak usia 13 tahun. Menjadi persoalan umum bagaimana remaja semuda itu sudah dibenarkan memandu kereta.

Bersama abang dan kedua ibu dan bapanya.

Walaupun kecvaiannya itu mengak1batkan tujuh orang men1nggal dunia, Dul yang didapati bers4lah telah dib3baskan kerana bersikap baik sepanjang proses pengh4kiman. Hakim ketika itu turut menyatakan yang berlakunya perjanjian perdamaian di antara keluarga m4ngsa dan keluarga popular Indonesia ini.

Menyingkap kembali kisah ini, vokalis kumpulan Dewa 19 itu dalam satu temubual bersama pengacara terkenal, Deddy Corbuzier, telah berkongsi tentang hal tersebut ketika pengacara itu bertanya mengenai p4ndemik C0v1d-19 yang merubah banyak perkara termasuk perniagaan mereka.

“Kalau anda masih ingat, saya masih menanggung janda-janda yang suami mereka dil4ngar oleh Dul. Wang untuk membayar mereka adalah hasil dari pendapatan Masterpiece (pusat karaoke miliknya). Tetapi janda-janda itu tidak peduli, harus tetap ada bayaran tersebut sama ada saya ada atau tidak ada,” ujar Ahmad Dhani.

Bila ditanya sama ada perjanjian tersebut memiliki dokumen hitam putih. Ahmad Dhani menyambung lagi cerita, “Tiada. Perbuatan tersebut atas dasar mor4liti. Kerana sudah berjanji. Saya harus menanggung sampai anak-anak mereka selesai kuliah. Dari 2013 sampai sekarang saya menanggung. Kini apabila Dul sudah dewasa, Dul sudah boleh bekerja dan dia menanggung satu janda dan saya menanggung lima janda yang lain.”

Dul bersama ibu dan dua abang serta ayah tirinya.

Sekadar informasi, Dul yang kini berusia 21 tahun merupakan seorang penulis lagu, penyanyi dan juga pelakon. Dia yang membesar dalam dunia muzik menerusi pembabitan dalam kumpulan Lucky laki bersama dua lagi abangnya, pertama kali mencuba nasib dalam bidang lakonan menerusi filem Dear Imamku yang ditayangkan pada musim Aidilfitri tahun ini di Indonesia.

Sumber: YouTube Deddy Corbuzier, Kompas.com, Liputan6.com

Sumber : mediahiburan

About admin

Check Also

[Video] Detik-Detik Pegawai SPRM Ditudvh Menipu Berlari Dari Pihak Media, Ada Yang Nyaris Jatvh

JOHOR BAHRU: Seorang daripada dua pegawai Suruhanjaya Penceg4han Rasu4h Malaysia (SPRM) nyar1s jat0h tangga ketika …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *