MAKMAL DI CHINA DALAM PERANCANGAN MENGHIDUPKAN SEMULA ORANG YANG SUDAH M4TI

Membangkitkan orang yang sudah ma’ti merupakan impian sebuah makmal di China. Kaedahnya adalah dengan membekukan ja’sad manusia sehingga tiba masanya suatu hari nanti teknologi masa depan dapat menghidupkannya semula, lapor Global Times pada 21 Januari 2021.

Kaedah ini biasanya disebut kriogenik, dan beberapa institusi mempelajari bidang ini. Shandong Yinfeng Life Science Research Institute yang terletak di Jinan, China adalah salah satu daripadanya, di mana ma’yat beberapa orang telah disimpan di sini pada suhu yang sangat rendah.

Pada 8 Mei 2017, seorang lelaki dikenali Zhan di sahkan telah menin’ggal dunia akibat ba’rah paru-paru di sebuah hospital di Jinan, ibu kota wilayah Shandong China Timur. Tetapi ini bukan pengakhiran kisah tersebut apabila isteri kepada Zhan iaitu Gui belum putus asa.

Mayat Zhan segera dibekukan dengan teknologi kriopreservasi di sebuah institusi penyelidikan di Jinan, dan disimpan dalam bekas keluli tahan karat yang mengandungi nitrogen cecair super sejuk. Dalam keadaan seperti itu, metabolisme sel dapat bertahan selama 2.4 bilion tahun.

Seperti yang dirancangkan Zhan akan dihidupkan kembali oleh teknologi masa depan suatu hari nanti. Gui dan anaknya juga menandatangani kesediaan untuk dibekukan dalam kriopreservasi bila mereka ma’ti nanti, dengan harapan keluarganya boleh bersatu semula.

Zhan adalah kes tempatan yang pertama dalam kriopreservasi di China. Pada masa ini, 10 orang telah menjalani pemeliharaan krio di China, dan di seluruh dunia jumlahnya melebihi 400. Terdapat empat institusi seperti ini di dunia. Selain dari China, terdapat dua di Amerika Syarikat (AS) dan satu di Rusia.

Institusi Yinfeng Life sendiri bekerjasama dengan hospital dan universiti di China.

Pengarahnya ialah Aaron Drake yang pernah bekerja di Alcor yang berpusat di Arizona, AS. Dia menyatakan perbezaan institusi di China dan di negara lain yang mungkin menjadikan Negara Tirai Buluh unggul.

Di AS, institusi dengan kaedah sedemikian mesti mematuhi undang-undang dengan tegas dan perlu mempunyai lesen perubatan. Pembekuan melibatkan ma’yat hanya dibenarkan pada manusia yang benar-benar sudah ma’ti.

“Tetapi kerajaan China tidak hanya mahu kami menjadi projek pembekuan badan. Kerajaan mahu bagaimana projek ini dapat berguna di semua bidang perubatan. Ini adalah projek penyelidikan besar jadi saya berminat untuk bergabung,” katanya.

Oleh itu institusi ini juga sedang mengembangkan teknologi lain, seperti pemindahan organ yang lebih berkesan. Dengan sokongan pemerintah China dan mengembangkan kaedahnya secara aktif, ada kemungkinan Yinfeng Life akan mendahului pesaingnya di negara lain.

The Reproductive Medicine Center of The West China Second University Hospital of Sichuan University is the largest ‘test-tube baby’ center in Southwest China.

Salah satu perkara yang ingin mereka selesaikan adalah menyelamatkan seluruh tubuh manusia dengan lebih berkesan sehingga lebih senang ‘dibangkitkan’ kemudian. Pada masa ini, institusi ini telah menyimpan 10 badan manusia dan peminatnya terus bertambah.

“Lebih daripada 100 orang mengunjungi kami tahun lalu, dan 60 orang menjadi anggota di mana mereka berkomitmen untuk melakukan proses kri0genik,” tambah Aaron.

Dia menambah bahawa budaya Cina lebih senang menerima kaedah seperti itu kerana mereka kurang beragama daripada di beberapa negara barat.

Mereka cenderung tidak menghiraukan prosedur yang dilakukan.

Walaupun teknologi membangkitkan orang ma’ti masih mustahil dan tidak semestinya kenyataan, Aaron tetap optimis. Ini kerana kemajuan dalam bidang perubatan menurutnya sangat pesat.

“Orang-orang sekarang ma’ti kerana ba’rah, Park’inson dan pen’yakit otak yang lain. Sekiranya kita memasuki seratus tahun lagi, pen’yakit-pen’yakit itu mungkin akan mudah di ubati. Pada awal tahun 1900-an, orang-orang ma’ti akibat seran’gan jan’tung, st’rok dan sele’sema,” kesimpulan Aaron

Kredit: Malaysiatrending com

About admin

Check Also

Mee Goreng Bertukar Tan4h Li4t Berul4t, Ramai Dah ‘Kena’ Di Gerai Berh4ntu Parit-Manong

Lelaki ini berk0ngsikan pengalam4n ser4mnya apabila bekerja sebagai pemandu lori hampir 10 tahun. Seperti yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *