[Video] Pem4ju China Cipt4 Sejarah, Bina Pangs4puri 10 Tingkat Dalam 28 Jam

Sebuah pemaju berpangkalan di China telah menc1pta sejarah apabila berjaya menyiapkan projek pangsapuri 10 tingkat dalam masa 28 jam 45 minit sahaja.

Menurut laporan Republic World, dalam tempoh sehari lebih pemaju itu berjaya menyiapkan pr0jek pembangunan ini.

Syarikat daripada China itu dikatakan menggunakan unit m0dular bersama-sama yang dikenali sebagai Living Building System.

Rakaman menunjukkan keseluruhan pembinaan struktur yang dibina p4ntas itu dikongsikan di saluran YouTube pemaju pada 13 Jun yang berdurasi hampir 5 minit.

Menerusi reka bentuk modular pasang siap, Broad Group dapat membina bangunan pangsapuri 10 tingkat dalam 28 jam 45 minit.

Perkongsian Broad Group di YouTube juga menyatakan pembinaan membabitkan ukuran kontena standard, pengangkutan murah di seluruh dunia dan pemasangan dilakukan di lokasi.

Pemaju yang berpusat di Changsha itu membuat orang ramai terpinga-pinga bagaimana mereka boleh menyiapkan pembinaan itu dalam jangka masa yang pendek.

Sebenarnya, ia dibantu teknologi sistem pembinaan pasang siap dengan kaedah memasang unit m0dular serba lengkap yang dibina terlebih dahulu di kilang.

Sebuah laporan oleh New Atlas bertarikh 16 Jun mendedahkan bangunan pasang siap dirancang untuk ‘disatukan’ dalam tempoh yang cepat.

Modul bangunan yang besar terlebih dahulu dibina di kilang Broad Group sebelum dibawa ke tapak bangunan menggunakan trak dan disusun mengikut pelan yang tersedia.

Info yang paling menarik mengenai sistem ini ialah setiap modul bangunan mempunyai dimensi yang sama dan ia menjadikannya mudah alih.

Syarikat itu mendakwa menggunakan kepingan keluli untuk elemen struktur yang 10 kali lebih ringan dan 100 kali lebih kuat daripada kepingan konvensional yang biasa digunakan.

Syarikat Broad Group ini terkenal dengan keupayaan mereka untuk menyiapkan projek pembangunan dengan jangka masa dua kali ganda lebih cepat.

Untuk info, pada tahun 2015, syarikat ini telah membuat pembinaan menara setinggi 57 tingkat menggunakan Living Building System yang siap dalam tempoh hanya 19 hari.

Kredit : HarianMetro, Youtube Sinar Harian

About admin

Check Also

[Video] Detik-Detik Pegawai SPRM Ditudvh Menipu Berlari Dari Pihak Media, Ada Yang Nyaris Jatvh

JOHOR BAHRU: Seorang daripada dua pegawai Suruhanjaya Penceg4han Rasu4h Malaysia (SPRM) nyar1s jat0h tangga ketika …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *