Sah Atau Tidak Solat Berimamkan Seorang Per0kok, Ini Kata Dr Zulkifli Al-Bakri

TABIAT mer0kok sememangnya diketahui terkenal dengan kes4n yang memudar4.tkan kepada kesihatan.

Merokok selalunya dikaitkan dengan mas4lah kesihatan seperti ker0sakan paru-paru, masalah berkaitan kesvburan, str0k, k4nser dan sebagainya.

Bahkan, mengikut pandangan Islam, hukum mer0kok adalah har4.m kerana membah4.yakan kesihatan selain memberi mudarat kepada orang lain serta membazir.

Kita maklum merokok h4.ram dalam Islam, namun bagaimana pula agaknya jika solat berimamkan seorang per0kok.

Menjawab persoalan ini, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada penjelasannya.

Dr Zulkifli tampil menjawab soalan daripada seorang individu yang bertanyakan “Imam kampung saya per0kok. Bolehkah saya solat di belakangnya? Sah ke? Atau lebih baik saya solat seorang diri?”

Katanya, berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali ke-37 pada 23 Mac 1995, Muzakarah telah memutuskan mer0kok itu adalah har4.m mengikut pandangan Islam.

Antara kriteria imam adalah seperti yang disebutkan dalam sebuah riwayat daripada Abu Mas’ud al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Yang menjadi imam kepada sesebuah kaum itu adalah mereka yang paling mahir terhadap Kitab Allah [al-Quran]. Sekiranya mereka setanding dalam bacaan maka [dahulukan]) yang paling berilmu tentang al-Sunnah [untuk menjadi imam]. Sekiranya pengetahuan mereka terhadap Sunnah itu sama maka yang menjadi imam adalah mereka yang paling awal berhijrah. Sekiranya mereka sama dalam berhijrah pula dahulukanlah mereka yang paling awal memeluk agama Islam.

Manakala dalam hadis riwayat Imam al-Tirmizi, Nabi S.A.W menyebut:

فَأَكْبَرُهُمْ سِنًّا

Maksudnya: Yang paling tua umurnya.

Individu yang paling mahir terhadap al-Qur’an juga bermaksud paling banyak menghafal al-Qur’an atau paling baik bacaan al-Qur’an.

Dalil paling mahir itu bermaksud paling banyak menghafal adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar beliau berkata:

لَمَّا قَدِمَ الْمُهَاجِرُونَ الْأَوَّلُونَ الْعُصْبَةَ -مَوْضِعٌ بِقُبَاءٍ – قَبْلَ مَقْدَمِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ، كَانَ يَؤُمُّهُمْ سَالِمٌ مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ ، وَكَانَ أَكْثَرَهُمْ قُرْآنًا

Maksudnya: Ketika mana golongan Muhajirun yang terawal sampai di ‘Ushbah – iaitu sebuah kawasan di Quba’ – sebelum ketibaan Rasulullah S.A.W, yang menjadi Imam kepada mereka pada ketika itu adalah Salim yang merupakan maula kepada Abu Huzaifah, dan beliau merupakan individu yang paling banyak menghafal al-Quran dari kalangan mereka.

AWAS! Perokok yang dijangkiti C0v1d-19, berisik0 t1nggi untuk mendapat komplik4si serius.

Imam al-Nawawi dalam syarah beliau ke atas hadis Abu Mas’ud al-Ansari menambah satu lagi ciri yang menjadi keutamaan dalam menjadi imam solat iatu faktor kew4rakan seseorang. Kata beliau:

ولنا وجه اختاره جماعة من أصحابنا : أن الأورع مقدم على الأفقه والأقرأ لأن مقصود الإمامة يحصل من الأورع أكثر من غيره

Maksudnya: Dan kami mempunyai suatu pendapat yang dipilih oleh sekumpulan dari kalangan ashab kami (ulama al-Syafi’iyyah) yang menyebut bahawa individu yang paling warak diutamakan ke atas orang yang faqih dan lebih mahir tentang al-Quran. Ini kerana tujuan menjadi imam itu akan terhasil lebih banyak dari orang yang w4rak berbanding selainnya.

Manakala antara imam yang dimakruhkan untuk diikuti ialah ahli bid4ah dan orang yang fasiq (mereka yang dikenali kerap berbuat maksiat).

Namun jika bertembung antara mana yang lebih afdhal; solat bersendirian atau berjemaah dengan ahli bidaah atau orang fasiq, maka di sini ada perbeza4n pendapat.

Imam Ibn Hajar al-Haitami menyatakan lebih baik bersolat sendirian, man4kala Imam al-Ramli pula berkata bersolat jemaah bersama mereka adalah lebih afdhal.

Coret Dr Zulkifli, kesimpulannya, tid4k sepatutnya seorang imam solat berjemaah itu adalah seorang per0kok sekalipun hukum solat mengikutnya adalah sah.

“Berdasarkan fatwa Imam al-Ramli dalam hal berimamkan ahli bidaah atau orang fasiq, saya cenderung lebih afdhal solat berjemaah dengan imam per0kok daripada solat berseorangan,” katanya.

Pun begitu, Dr Zulkifli menyar4nkan agar orang ramai berusaha untuk menasihati per0kok tersebut supaya berubah ke arah yang lebih baik.

Perkongsian artikel berjudul Imamku Per0kok itu menarik perhatian ramai. Kebanyakan pembaca menyokong penulisan tersebut dan menyifatkan golongan per0kok terutamanya individu beragama Islam perlu berusaha meninggalkan t4biat yang memud4ratkan kesihatan itu.

Isu yang diketengahkan Dr Zulkifli menerusi ruangan dikenali sebagai Maktabah al-Bakri itu mendapat lebih 12,000 tanda suka dan 2,000 shares selepas dimuat naik di laman Facebook beliau kelmarin.

Sumber: Maktabah al-Bakri

About admin

Check Also

SubhanaAllah! Inilah 9 Kemulian Yang Dijanjikan Oleh Allah Kepada Orang Yang Sentiasa Menjaga Solatnya

Inilah 9 Kemulian Yang Dijanjikan Oleh Allah Kepada Orang Yang Sentiasa Menjaga Solatnya Siapakah insan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *