[Video] Tiada Lagi Penjar4kan Fizikal Di Ruang Solat Di MasjidilH4ram

Tiada lagi penjarakan fizikal dalam saf solat di Masjidilh4ram, malah masjid suci itu dilapor sudah bersedia menerima kedatangan jemaah dengan kapasiti penuh bermula hari ini.

Setiausaha Agung Hal Ehwal Masjidilharam, Dr. Saad Mohamed Al-Muhaimid berkata, hal tersebut adalah salah satu daripada beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) C0V1D-19 yang diberikan kerajaan Arab Saudi.

Jelas Mohamed, walaupun kini boleh solat dengan rapat, namun jemaah masih diwajibkan untuk memakai pelitup muka, selain perlu mendaftar nama terlebih dahulu sebelum melakukan ibadah umrah.

Ekoran kelonggaran ini, semua pelekat penanda jarak fizikal sejarak dua meter yang ditampal di seluruh ruang solat di masjid tersebut sepanjang tempoh pand3mik sebelum ini telah dicabut oleh petugas masjid.

Selain itu, beberapa kelonggaran lain turut diberikan mulai hari ini seperti tiada lagi kewajiban penjarakan fizikal di tempat awam seperti di dalam kenderaan awam, restoran, pusat beli-belah dan pawagam.

Malah penggunaan pelitup muka juga tidak lagi diwajibkan sepenuhnya, kecuali bagi mereka yang berada di lokasi tertentu termasuklah Masjidilh4ram dan Masjid Nabawi.

Sementara itu, laman Twitter Haramain berkongsi beberapa rakaman video memaparkan situasi petugas-petugas masjid mencabut pelekat penjar4kan fizikal di ruang solat.

Sumber: Arab News / Haramain / SiakapKeli

About admin

Check Also

[Video] Pij4k Duit RM70 Ribu, Netiz3n Ris4u Rezeki Iqbal Ditarik Tuhan-“Lapar P0pulariti Dia Ni”

Selepas single pertama Iqbal Zulkefli dilancarkan pada 1 November 2021 di saluran Youtube Rusa Music, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *