Handphone Terjatuh Dalam Laut, Gadis Terkejut Ikan Paus Muncul Dan Pulangkan Semula Handphone Miliknya

Berita mengenai kelibat kehadiran paus beluga di pantai Hammerfest, Norway telah menarik perhatian ramai pengunjung ke pantai berkenaan. Satu hari, seorang gadis yang dikenali sebagai Ina Mansika dan rakan-rakannya telah datang ke pantai berkenaan dengan harapan dapat melihat sendiri ikan paus yang hangat diperkatakan orang itu.

Namun ketika mereka berada di jeti, telefon bimbit Ina telah jatuh ke dalam air secara tidak sengaja apabila terkeluar dari poketnya. Gadis itu tergaman dan kemudian merasa sedih kerana mdnyedari tiada apa-apa lagi yang mampu dilakukannya untuk mendapatkan handphonenya semula.

Namun kemudian sesuatu yang tidak diduga telah berlaku! Ketika mereka menunggu dan melihat-lihat kelibat ikan paus beluga untuk muncul, tiba-tiba sahaja kehadiran ikan itu mula kelihatan apabila haiwan berkenaan secara perlahan-lahan timbul di permukaan air.

Namun apa yang mengejutkan ialah ikan paus tersebut datang kearah mereka dengan membawa telefon bimbit milik Ina yang terjatuh tadi berada di mulutnya.

Ikan paus beluga itu dilihat berkelakuan seperti seekor haiwan peliharaan manusia serta seakan-akan telah dilatih apabila ianya mesra serta faham akan kelakuan manusia.

Dalam satu temu bual yang dilakukan kepada The Dodo, Ina menyatakan: “Kami baring sambil menunggu kehadiran paus tersebut di jeti berkenaan dengan harapan dapat berpeluang membelainya dan bermain-main dengannya.

“Entah bagaimana saya boleh terlupa untuk menutup poket jaket saya yang mengandungi telefon bimbit saya ketika itu, kemudian secara tidak dijangka telefon bimbit saya telah terjatuh ke dalam laut tersebut.

“Kami memang telah berasa pasrah akan kehilangan telefon itu kerana jika difikirkan dengan logik akal, mustahil untuk mendapatkan kembali telefon yang telah tenggelam jauh di dalam laut tersebut.”

“Kemudian secara tiba-tiba paus itu timbul di permukaan dan selepas itu ia dilihat kembali berenang ke dasar laut tersebut. Beberapa minit kemudian paus itu timbul kembali ke permukaan dengan membawa telefon bimbit saya yang berada di mulutnya!”

Seorang kawan Ina yang dikenali sebagai Isa Opdahl Larsson telah berjaya merakamkan detik-detik istimewa tersebut dan berkongsikan video tersebut di akaun Instagram miliknya. Video tersebut dengan pantas menjadi tular dan mendapat ratusan ribu tontonan.

VIDEO:

Menurut Ina, mereka memang langsung tidak dapat menjangkakan apa yang telah mereka alami dan saksikan sendiri. Dia juga amat gembira dan bersyukur kerana telefon bimbitnya dapat diperoleh semula.

Sumber : Mirror

About admin

Check Also

[Video] Sanggvp Bah4yakan Diri Demi Sesuap Nasi, Lelaki Cuci Longkang Tersvmbat Di Tengah Lebuh Raya Dipuji Ramai

Tak semua orang sanggup membah4yakan diri demi sesuap nasi lebih-lebih lagi kerja yang dilakukan adalah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *