Isteri Mengaku ‘Bujang’ Sebelum Kahwin Tapi Kantoi 13 Tahun Kemudian, Suami Tuntut Gantirugi RM1.4 Juta.

Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Apabila kita melakukan sesuatu pembohonan atau penipvan, lama-lama ianya pasti akan terbongkar juga lebih-lebih lagi jika melibatkan perhubungan dalam rumahtangga.

Siapa tak bengang jika isteri yang disayangi dan dikahwini selama lebih 10 tahun rupanya menipu sejak awal-awal lagi sebelum kahwin. Itulah nasib yang menimpa seorang lelaki ini apabila dia membuat keputusan untuk menuntut ganti rugi kepada isterinya selepas ‘pemboh0ngan’ si isteri selama ini akhirnya terbongkar.

Memetik laporan Detik News, lelaki yang dikenali dengan nama Yulian Aprianto ini mengakui sangat terkilan kerana isteri yang disanjung dan disayangi selama ini tergamak menipunya sepanjang 13 tahun mereka berkahwin.

Siapa sangka rupa-rupanya wanita yang dikahwininya itu bukanlah bujang seperti yang dimaklumkan sebaliknya pernah berkahwin.

Bercerita dengan lebih lanjut, Yulian yang berasal dari Indonesia ini memberitahu dia dan isteri mula berkawan selepas dikenalkan oleh ibu saudara.Namun, selepas tiga bulan mengenal hati budi, pada tahun 2006, mereka berdua membuat keputusan untuk berkahwin. Malah, sepanjang tempoh perkenalan juga, wanita tersebut mengakui dirinya adalah bujang.

Wanita tersebut langsung tidak berterus terang memberitahu bahawa dia pernah berkahwin dengan seorang lelaki, Saiye Hanafi pada 1996 iaitu 10 tahun sebelum bernikah dengan Yulian.

Namun selepas 13 tahun menyimpan ‘rahsia’ itu, akhirnya segalanya terbongkar. Yulian yang berasa tert1pu dengan pemb0hongan tersebut nekad meminta ganti rugi sebanyak 5 bilion rupiah (kira-kira RM1.4 juta) daripada isterinya.

Lebih membuatkan lelaki ini terkilan adalah segala perbelanjaan perkahwinan mereka ditanggung sepenuh olehnya. Bahkan, dia juga sanggup menghabiskan duit membiayai kos pendidikan isterinya sehingga wanita itu kini sudah bergelar seorang doktor.

 

Menurut sumber, wanita tersebut dan keluarganya juga dipercayai telah bersub4hat memberikan keterangan p4lsu dalam buku akuan pernikahan. Berikutan daripada itu, wanita tersebut telah dijatuhi hukvman penj4ra kerana memberikan keterangan p4lsu.

Wanita itu dijatuhkan hukvman penj4ra sebulan dan sembilan hari diaatas pemb0hongannya.

Sumber: Detik News

About admin

Check Also

[Video] Sanggvp Bah4yakan Diri Demi Sesuap Nasi, Lelaki Cuci Longkang Tersvmbat Di Tengah Lebuh Raya Dipuji Ramai

Tak semua orang sanggup membah4yakan diri demi sesuap nasi lebih-lebih lagi kerja yang dilakukan adalah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *