Jana Pendapatan Lumayan Dengan Jual Seluar Dalam Terpakai, Bekas pramugari Nekad Berhenti Kerja

LONDON – Seorang bekas pramugari mendedahkan bahawa dia berhenti kerja selepas menjana pendapatan lumayan, hasil daripada menjual seluar dalam terpakai, lapor akhbar Daily Star semalam.

Jasmine Pink, 26, memilih untuk berhenti kerja dua tahun lalu selepas menjumpai pasaran menjual seluar dalam terpakai.

Pink yang mengaku penat dengan kerjaya sebagai pramugari, menggunakan waktu lapangnya untuk menghasilkan kandungan online yang menarik untuk ‘berkomunikasi’ dengan pembeli seluar dalam terpakai menerusi laman web Sofia Gray.

“Saya mencari cara untuk mendapatkan wang dan terjumpa laman web Sofia Gray,” katanya.

Semasa bertugas sebagai pramugari, Pink menjana pendapatan sebanyak £2,200 (RM12,600) sebulan.

Namun, selepas menjual seluar dalam terpakainya, dia mampu menjana pendapatan sebanyak £1,500 (RM8,591) seminggu. – AGENSI

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *