[Video] Detik Kereta ‘Ditel4n’ Lubang Sampai Lesap, Air ‘Berkel0cak’ Seakan Tenggelam Lebih Dalam

Sebuah kereta yang diparkir di sebuah kompleks kediaman di Mumbai dilaporkan ‘hilang’ dalam beberapa saat sahaja selepas ‘ditel4n’ sebuah lubang di kawasan parkir berkenaan.

Dalam rakaman tul4r di media sosial, kelihatan kenderaan itu perlahan-lahan tenggel4m ke dalam sebuah lubang dipercayai telaga yang terletak di bawah lot parkir itu.

Menurut NDTV, kejadi4n tersebut berlaku selepas waktu hujan, sekitar pukul 8.30 pagi waktu tempatan.

“Kami ada kereta lain di lokasi itu dan lelaki yang membersihkannya memberi amaran kepada kami. Bila keluar sahaja ke jalan, kami lihat di hadapan mata kereta tenggelam ke dalam telaga,” kata Dr Kiran Doshi, pemilik kenderaan malang berkenaan.

Bagaimanapun, kereta yang diletakkan bersebelahan dilaporkan tidak terjej4s.

Lapor portal itu, telaga tersebut dipercayai mempunyai kedalaman sekitar 30 kaki (sekitar 9.14 meter).

Sebahagian daripada telaga yang berusia 100 tahun berkenaan telah ditutup bagi membina tempat letak kereta, tambah NDTV.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku ketika Mumbai dan beberapa kawasan di pesisir Maharashtra mengalami hujan monsun yang lebat.

Hujan lebat selama beberapa hari dipercayai telah mengakibatkan air bertakvng di beberapa kawasan serta menyebabkan tasik di sana melimp4h.

“Kami menggunakan pam untuk menyedut air serta kren untuk menarik kereta keluar,” kata Doshi.

Sumber: NDTV, Reuters/SiakapKeli

About admin

Check Also

[Video] Sanggvp Bah4yakan Diri Demi Sesuap Nasi, Lelaki Cuci Longkang Tersvmbat Di Tengah Lebuh Raya Dipuji Ramai

Tak semua orang sanggup membah4yakan diri demi sesuap nasi lebih-lebih lagi kerja yang dilakukan adalah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *