[Video] Tul4r Lelaki Temui Arca ‘Mist3ri’ Seakan-akan Manusia Sedang Bertapa Dalam Laut Cetuskan Tanda Tanya, Rupa-rupanya…

Penemuan demi penemuan, penggunaan Google Earth dan Google Maps terkadang akan menghasilkan carian yang tidak terjangka dan tidak pernah dilihat sebelum ini.

Tidak cuma itu, sesetengah lokasi yang ditemui juga menimbulkan pelbagai persoalan dan misterinya yang tersendiri dalam kalangan warganet.

Seperti video di TikTok ini yang memaparkan satu lokasi mist3ri yang dikesan melalui penggunaan Google Earth. Menerusi video itu, beberapa arca telah dikesan di dalam sebuah laut.

Tidak dinyatakan di laut mana, ia menjadi persoalan kerana arca tersebut berbentuk seperti manusia. Arca itu ‘berdiri’ tegak dalam keadaan berkelompok.

Are they dead?

@hidden.on.google.earthare they dead ?? #hiddenongoogleearth #googleearth #streetview #googlemaps #viral #funny #scary #creepy

♬ Ameno hatsune miku – ˈnēɡəs

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya mengenai penemuan tersebut dan tidak menyangka bahawa Google Earth boleh mengesan sesuatu yang berada di bawah laut.

Pun begitu, persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila ada beberapa orang warganet yang mengesahkan bahawa ia sebenarnya merupakan p4tung yang terdapat di sebuah muzium dalam laut di Mexico.

Bagaimanapun menurut salah satu komen yang ditinggalkan, video berkenaan berkemungkinan disunting dan digabungkan dengan gambar arca muzium laut berkenaan.

Muzium dalam laut Cancun

Bagi korang yang belum tahu, Cancun Underwater Museum atau pada asalnya dikenali sebagai Museo Subacuático de Arte (MUSA) telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai sejak November 2010 lagi.

Menurut Trip.com, muzium tersebut menyambut hampir 750,000 kedatangan pelancong setiap tahun.

‘Keaj4iban yang tersembunyi’ ini terletak di antara pulau Cancun dan Isla Mujeres di pesisir pantai Mexico.


Hampir 500 p4tung terdapat di bawah laut
Patung yang diletakkan di dalam laut itu adalah idea yang difikirkan oleh Pengarah Taman Laut Nasional Cancun, Jaime Gonzalez, yang ingin memelihara tervmbu k4rang yang terg4nggu disebabkan oleh kumpulan penyelam di laut itu.

Jaime telah membawa pengukir dari Britain, Jason De Caires Taylor dan sekumpulan seniman Mexico di atas kapal untuk mencipta patung. Hasil kerjasama itu, hampir 500 patung dengan konkrit berlabuh ke dasar laut.

Muzium itu mempunyai tiga galeri seperti itu yang menampilkan pelbagai tema yang mencerminkan nuansa halus masyarakat nelayan.


Idea untuk mengekalkan keseimbangan yang sangat diperlukan antara alam dan manusia diperkuatkan melalui p4tung-p4tung manusia yang bersendirian.

Muzium itu dijangka akan berkembang dengan 10 lagi galeri lain yang menempatkan hampir 1200 p4tung dan koleksi yang menakjubkan.

Sumber: Hidden On Google Earth, Trip.com

About admin

Check Also

Kenali Ay4m Baka Kadaknath, Berbvlu Hitam Dan Daging Gel4p, Harga Sekitar RM66 Sekilo

Kadaknath merupakan ay4m baka India yang terkenal dengan kualiti daging dan telurnya. Namun, warna kulitnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *